Gastrik atau istilah perubatannya,
gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada
dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter
pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan
ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang
berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah
rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25
sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen
makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat
sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan,
lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses
dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan
perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan
sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada
beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa
yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi
membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid
hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.
Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat
menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan kokain
- Merokok
- Stres
- Gangguan autoimun
- Penyakit crohn
- Radiasi dan kemoterapi
- Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
- Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
- Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
- Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.DENGAN PENGGUNAAN PREMIUM BEAUTIFUL DAPAT MEMBANTU MASALAH GASTRIK ANDA KERANA KORSET INI MENGANDUNGI FIR...PM LYDIA012-3981846
No comments:
Post a Comment