Tuesday 31 January 2012

permata hati lydia

Alhamdulillah..segala puji bg Allah yg telah memberikan nikmat di atas muka bumi ini... daripada sorang jadi berdua, dari berdua tambah jadi bertiga..dan bertambah jadi berempat... moga permata hati ini dirahmati olehNya slalu...
 teringat zaman blajar dulu... mmg aku sorg2...ke mana2 ngn kawan serumah je...hehe.. masa ni pakai motor..pnjang je kaki klu dh ade motor..abis satu bandar batu pahat aku round...hikhikhik

 ni dah berdua..jodoh dah sampai...hikhikhik...

my luvly hubby



 lahirlah permata hati pertama kami...nur damia irdina.. masa ni kak mia 17bln..
skrg kak mia dah 2 thn dah..

permata hati kedua muhammad irfan baru 3 bln


wajah2 ini yg menguatkan semangat aku setiap hari , memberi ketenangan dan jugak buat mama hepi.. =). terima kasih ya Allah...

nikah itu umpama mendirikan masjid

Pernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .
Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .
Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .
Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .

Langkah pertama ialah dengan memastikan tapak yang sesuai untuk didirikan sebuah masjid . Di sini lah kontraktor , ahli kaji tanah , arkitek dan para engineer memainkan peranan . Mereka akan pastikan tahap keselamatan untuk kawasan tanah tersebut . Mereka akan pastikan kualiti tanah tersebut . Cukup mampatkah tanah itu ? Cukup suburkah tanah tersebut ? Atau jika didirikan masjid di situ akan membawa petaka kepada muslimin muslimat seandainya tanah itu terjerumus ? Atau mungkin tanah itu perlu disuburkan dahulu untuk tempoh masa tertentu bagi menjamin kualitinya ? Mereka tidak mahu masjid ini runtuh suatu hari nanti . Baiklah . Mereka di sini umpama ibu bapa kita , atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas diri kita . Merekalah yang akan melihat dan menilai tahap persediaan kita , tahap kematangan kita . Mereka jugalah yang menilai seandainya sudah tiba masa untuk kita bernikah . Mereka tidak mahu terburu buru dalam hal seperti ini kerana khuatir pernikahan yang terjalin akan musnah kerana faktor umur yang tidak sesuai .
Langkah seterusnya ialah mendirikan tiang asas . Tiang merupakan peranan utama dalam sesetiap bangunan . Untuk membina dinding , kita memerlukan tiang . Untuk menaikkan bumbung , kita juga memerlukan tiang . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan tiang dengan agama serta ilmu kita . Sudah cukupkah ilmu kita untuk bernikah ? Sudah bersediakah si suami untuk menjadi suami soleh dan si isteri untuk menjadi isteri yang solehah ? Seandainya masih ragu ragu , usahlah dibina lagi masjid itu . Kerana ia hanya akan meruntuhkan bumbung dan dinding yang terbina . Tianglah memegang tanggungjawab yang paling besar . Ini bermakna , agama dan ilmu lah memainkan peranan yang sangat penting . Tiada agama , tiada ilmu , runtuhlah hubungan tersebut .

Bumbung . Di sinilah mereka berlindung dari hujan dan panas . Bumbung dapat dikaitkan dengan jaminan untuk kehidupan dalam hubungan pernikahan . Sudah pastilah si suami perlu mempunyai jaminan kewangan untuk menanggung kehidupan berumahtangga . Dengan ini , makan pakai tempat tinggal dan keperluan asas yang lain dapat dipenuhi . Seandainya mereka mendapat zuriat , zuriat ini juga terjamin masa depan mereka . InsyaAllah .
Bagaimana pula dinding ? Cantiknya dinding itu apabila kena dengan warna catnya dan kukuh kualitinya . Maka , ramai yang akan tertarik dan pergi ke masjid tersebut . Kerana dindinglah yang menjadi perhatian utama , bukan tiang , bukan tapak juga bukan bumbung . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan dinding dengan penerimaan orang lain , persepsi orang lain . Seandainya orang tidak merestui juga membenci hubungan anda , jangan sesekali berputus asa . Jangan bersangka buruk . Sentiasalah berbaik sangka . Lihat semula , adakah cantik dinding yang kita bina ? Adakah sesuai dengan reka bentuknya ? Adakah warnanya sesuai ? Jika tidak , perbaikilah kembali keadaan masjid tersebut . Kaji semula keadaan tapak , kukuhkan lagi tiang dan carilah atap yang betul betul melindung bagi mendapat dinding yang betul betul cantik .

Seandainya masih lagi belum mampu untuk memenuhi semua keperluan ini , pendamkan dahulu hasrat mulia anda . Kuatkan dahulu diri anda , layakkan anda untuk semua ini , berusaha , berdoa dan bertawakkal lah kepada Allah . InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa dirahmatiNya .
Berimpianlah anda untuk membina sebuah masjid seperti Masjidil Haram yang teguh , tersergam indah dan tak henti henti dikunjung muslimin muslimat yang beriman , tanamkan dalam diri anda , cabar diri anda , insyaAllah anda mampu . Bersedialah dengan persediaan terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik . InsyaAllah .
Buat  renungan bersama .
Redha dan yakinlah dengan Allah .
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar .
- Artikel iluvislam.com
Penulis: Amni Fatnin bt Ahmad Jihaduddin Merupakan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Monday 30 January 2012

duit dan modal bukanlah kunci utama

Duit atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan; sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu, wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.

Sekira...nya anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka. Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul untuk membina kekayaan & kejayaan.

Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang atau pinjam wang serta ilmu.

Saya pernah bergadai untuk mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan saya utk "beli" ilmu, untuk "beli" kejayaan saya. Hidup jangan jadikan masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit. - Terjemahan Dr.Azizan Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi antara yang terbaik di dunia-

mak masak mmg sedap...

Mengapa Masakan Ibu Paling Sedap

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar. Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:
"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."


sumber: http://www.iluvislam.com

aku seorang pekerja...

12 may 2008 bermula la kesah aku jd seorg pekerja.utk cmpany ni ..xsangka leh keje bidang ni...hikhikhik....kerja ngn bidang construction ni mmg mencabar...kebanyakan lelaki...nk wat cmne...terpaksala..nk cr rezeki...
belek2 gambar,,ternampak gambar ni... ni ex-officemates..sume dh x keje cni dh..tggalla aku terkulat2 keje kt cni...hehehe... gambar ni masa house warming tee...masa ni aku lom ade anak lg...mmg sweet sgt memori ngn korang sume...
ni masa sambut besday..x igt sape punya...masa ni aku pregnant dh...the only malay girl kt cni...hahaha...masa zaman gawat ni x silap 2009...mkn nasi tghari je...save budget...haha


ni masa company trip dec 2008...x sangka..baru bp bulan dh dpt gi vietnam..ok la..byk tempat shopping...lps2 tu cmpany trip dh x pegi dh..coz dh kawen + ade bby...xkesah la..family 1st...sian lak nk tgglkn hubby n bby.. jd decide x pegi dh...terlepasla..china, taiwan..& china again...

Friday 20 January 2012

Tahun Baru Azam Baru 2012

Salam... Buat pertama kalinye nak menulis...selama ni tgk org je menulis kt blog...tahun 2012 baru je bermula walaupun dh 20 ari berlalu.. azam pon dah baru..walaupon yg lama belom lg terlaksana..hehehe.. Tahun ni target nk jadi isteri,ibu dan pekerja yg lebih baik..ekeke...Tahun ni jugak nak tingkatkan usaha supaya azam baru dan lama tercapai... minggu ni terasa padat sgt schedule..dgn kerja opis +kursus + meeting + urusan umah tangga..hahaha..cmne nk handle ni..kene manage btol2 ni..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah dikurniakan suami yg memahami dan anak2 yg comel yg bleh memberi ketenangan dan kebahagiaan di hati ini...