duit dan modal bukanlah kunci utama
Duit
atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan;
sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda
akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke
mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu,
wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada
keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.
Sekira...nya
anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah
orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka
mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup
berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin
mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka.
Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana
untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul
untuk membina kekayaan & kejayaan.
Jangan jadikan
masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah
hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang
atau pinjam wang serta ilmu.
Saya pernah bergadai untuk
mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa
tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan
saya utk "beli" ilmu, untuk "beli" kejayaan saya. Hidup jangan jadikan
masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana
ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit. - Terjemahan Dr.Azizan
Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi antara yang
terbaik di dunia-
No comments:
Post a Comment