Thursday 23 February 2012

Back Pain

Mengapa belakang badan saya sakit selepas bersalin?

Sakit belakang ini disebabkan oleh beberapa faktor. Semasa mengandung, rahim yang membesar menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan, mengakibatkan tekanan kepada belakang badan anda. Ini akan berterusan sehingga otot-otot perut kuat semula
Sakit ini boleh juga disebabkan oleh kesan proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda yang biasanya tidak digunakan dan anda akan rasa kesan ini untuk beberapa ketika.
Dan juga ramai ibu muda membuat sakit belakang semakin teruk ketika belajar menyusu bayi. Ini berlaku kerana anda terlalu fokus memastikan bayi menyusu dengan betul yang akhirnya menyebabkan anda terlebih membongkok ketika duduk, menegangkan leher dan otot-otot bahagian atas belakang anda ketika anda memandang ke bawah.
Kepenatan dan dan tekanan akibat penjagaan bayi anda  membuatkan sukar untuk pulih dari kesakitan selepas bersalin termasuk sakit belakang. Dan biasanya ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa mengandung akan lebih berisiko untuk mengalami ketika selepas bersalin.


Berapa lamakah ianya akan berakhir?

Adalah biasa mengalami sakit belakang untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Berapa lama kesan ini akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat badan dan berapa cepat anda mula bersenam untuk menguatkan otot-otot abdominal anda.
 
Apa yang boleh saya buat?
- Berjalan-jalan. Senaman begini dapat membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan dengan segera selepas bersalin samada bersalin secara normal atau caesarean. Buat secara perlahan-lahan dan sekejap untuk beberapa minggu pertama
- Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusu bayi anda samada menyusu botol atau menyusu badan. Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah, gunakan kerusi kaki untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. 
Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat meletak tangan dan gunakan banyak bantal untuk memberikan sokongan kepada belakang dan tangan anda. Belajar cara posisi yang betul ketika menyusu, pastikan anda membawa bayi anda ke payudara bukan sebaliknya. Cuba juga posisi penyusuan yang berbeza. Jika anda mengalami sakit di bahagian bahu atau di bahagian atas belakang, menyusu secara berbaring mengiring mungkin lebih selesa

- Selalu bengkokkan lutut ketika angkat objek atau anak untuk kurangkan tekanan pada belakang anda. Jangan membongkok. Jika objek berat suruh orang lain mengangkatnya(Jika bersalin secara caesarean pastikan anda tidak mengangkat sesuatu yang lebih berat dari bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 8 minggu.)

- Berurut. Ini tidak menyebabkan punca kesakitan hilang tetapi dapat membantu anda relax dan melegakan otot-otot dan kesakitan. Jika tidak dapat berurut, minta seseorang untuk mengosok badan anda.
- Mandi air suam untuk kurangkan kerengsaan dan tekanan
-Apabila anda mula boleh melakukan senaman, mulakan dengan senaman menguatkan belakang dan otot abdominal, dan buat ‘pelvic titts’ sebagai rutin harian anda. 
- Perhatikan badan anda. Jika senaman atau aktiviti yang anda lakukan menyebabkan anda kurang selesa, berhenti lakukannya. Jika sakit belakang anda semakin sakit atau anda mula hilang rasa pada kaki, punggung, bahagian kemaluan, usus atau anus atau tiba-tiba tiada koordinasi atau lemah hubungi doktor anda.
DENGAN PEMAKAIAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL DAPAT MEMBETULKAN POSTUR BADAN ANDA SETERUSNYA DAPAT MENGURANGKAN MASALAH SAKIT BELAKANG ANDA.... 

PM LYDIA UTK DETAILS.... 012-3981846

No comments:

Post a Comment