Secara
fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan
hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi
kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati
merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia
juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.
Primary
dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia
diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas
imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan
dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.
Masalah Organ Reproduksi
- Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
- Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
- Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
- IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
- Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
- Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.
Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?
Hidup
secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh
mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut.
Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan
sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya
perlu.
Bila perlu berjumpa doktor?
Sekiranya sakit anda
tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah
dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian
ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut
terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada
system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.
Sekiranya
tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan
pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.
Dengan pemakaian korset ini dapat mengurangkan seterusnya menghilangkan masalah senggugut di kalangan wanita.. kerana korset ini mempunyai FIR yang boleh melancarkan sistem pengaliran darah ...
pm lydia untuk keterangan lanjut... insyaallah masalah senggugut anda boleh dikurangkan seterusnya hilang...
LYDIA 012-3981846
No comments:
Post a Comment