Showing posts with label Bfeed Story..... Show all posts
Showing posts with label Bfeed Story..... Show all posts

Saturday, 26 May 2012

Perbezaan susu ibu dan susu formula

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Friday, 30 March 2012

Power pumping

Article diambil sumbernya dari Kumpulan Ibu2 Menyusu
 
Nak share something la dengan mommies out there... saya pun kekadang confuse dengan power pumping.. so saya up kan pasal power pumping... Samelah kita share..

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Mommies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Wednesday, 29 February 2012

Susu Ibu


Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat Tambahan
(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League

Tuesday, 28 February 2012

Freezer....

Sblm melahirkan irfan, lydia dah survey2 nak cari tmpt simpan stok EBM kt mana... sbb kt umah cuma peti ais satu pintu...
itu pon dah semput..hahaha..

yela..yang peti ais satu pintu paling lama tahan 2 minggu..jadi berkira2 nk beli peti ais baru..supaya leh simpan stok...

 klu peti 2 pintu mau gak kat seribu lebih..
huhuhu semput gak...igt nk survey freezer je..mak ai...paling murah dapat RM650...adoi...x besar mana pon harga dah RM650..siap berdialog ngn toke kedai... "apek boleh kurang ka"? dia ckp "ini sudah manyak kurang"
mungkin rezeki lydia kot survey2 nampak kt facebook KIM ade org nak jual 2nd.. rege RM350..baru 4 bln guna...ape lagi grab la.. thank's kak izan... sgt2 berguna sampi sekarang...

tadaaa..ni la freezer yg dimaksudkan.... utk simpan stok susu irfan.. ku beli rege rm 350 2nd hand...

 sebahagian susu irfan ku simpan di sini...ada lgi kt peti ais umah mak...

Faedah susu ibu utk bby

Ni share ngn mommies sume ..

susu ibu mmg terbaik utk bayi..


  • mengandungi bahan pencegah penyakit(antibodi)
  • mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yg sesuai
  • mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
  • mengurangkan risiko alahan
  • perkembangan interlek yg lebih baik
  • kurang masalah pergigian
  • mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak2
  • menggalakkan tumbesaran
  • penghadaman yg mudah..

mommies , jom susukan bayi sepenuhnya.... =)

Stok susu irfan

Alhamdulillah... 27/02/2012 ...
irfan dah genap 4 bulan... ni dia stok susu irfan... 
dulu masa anak 1st mmg gagal nk susukan smpi 2 thn..
kali ni buat btol2...
go mama lydia... demi anak tercinta....

kene displinkan diri..kt opis mesti 2 kali pam... susu akan terhasil dgn konsep supply dan demand....kerap kte pam..byk susu terhasil...otak akan cakap "mama lydia, irfan nak susu"hehehe.. mudah2an sampi 2 thn... lydia slalu tmbahkan ilmu melalui KIM... mmg bersemangat susukan anak smpi 2thn...


ni dia KIM wajib bukak bila bukak FB




tadaaaa... ni dia susu irfan... moga ibu2 kt luar sana juga bersemangat utk berikan susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka...

 ni fs ku

Buku/ilmu penyusuan

Ni nak share ngn mommies sume...
masa anak 1st mmg terkial2..ilmu bf kurang... tu yang x tercapai bf kak mia sampai 2 thn....kali ni.. mama akan buat yang terbaik utk anak mama.. 

 muhammad irfan 4 bln


my sweet little girl n boy

bagi mama baru..meh join KUMPULAN IBU2 MENYUSUKAN..kt facebook...kt ctu ramai ibu2 yg leh share ilmu...x rugi...


yg kedua lak..lydia suka baca buku-buku ni.. at least ade guard line... leh share ngn mak, adik pompuan kt umah ni, kawan2, sedara mara....



buku-buku utk panduan ku..

teringat aunty kt opis ni... "lydia u pam susu x basi meh? bleh letak dlm beg saja?"... lydia pon citer la.."aunty, i letak ais dlm ni beg"... terkial2 aunty tu... lps tu lydia tunjukkan la ice pack ngn cooler bag.. aunty tu ckp.."bagus la u.. u keje pon masih boleh kasi anak susu". 

 ice pack/cooler bag

 utk mommies sume... xde yang mustahil... demi anak tercinta... tanamkan azam nk susukan mereka...

FS my best friend

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..
tanggal 27 oct 2011 ...mlm 1 zulhijjah.. lydia telah selamat melahirkan seorang anak lelaki... syukur...

baby irfan..

mmg semngat anak ku ni 3.69kg...
Alhamdulillah..skrg dah 4 bln usianya..
dan 4 bulan lydia menyusukan sepenuhnya...
mmg niat dari mula2 ngandong dulu nak fully bf anak sampi 2 thn..coz masa anak pertama gagal menyusukan sepenuhnya smpi 2 thn....
kurang ilmu..start join Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan kt facebook.. ilmu makin bertambah..alhamdulillah...

first skali... set mind..nk bagi yg terbaik utk bby...
pastu kumpul gadget2 penyusuan...
dok survey2 gak breast pum ape nak guna..

last2 decide amik FS... sbb bekerja x tentu tempat... kadang meeting kt luar..kadang kt site...
selama 4 bulan ni jugak FS amat2 membantu... 
drive pon leh pam..mmg flexible... masa tu lydia beli kat emums dad shop ngn kak wardah...

http://www.emdbaby.com/ 

tadaaaa...ni dia FS ku...
 
masa kak mia dulu..kurang ilmu..beli pam cap ayam..mmg x thn lama..adoi..